Wednesday, 26 May 2021

I have never been single

Catchy title but I didn't lied. I  always wonder why I  keep going back to what hurts me. Aku tahu it literally break my heart and I know how it will end but instead of putting a line on it, I try harder dgn harapan things will change.


I know. Pathetic right?


I just realised dari aku form 1 sampai skrg I have never been single. Like really single..single u know. There's  always someone or somebody that I attached to or they shown their interest towards me that I can mingle around.


Bila fikir balik aku rasa aku ada attachment problem. After any breakups, mesti dah ada someone yg tunggu so I never alone. Ada je  yg teman. Bila sampai satu tahap  aku dah give up dgn manusia, I dont try to get to know new ppl, thats why I keep on going back to what hurts me. Sebab kalau aku put a line on it, where should I put my heart and interest? Fuck my subsconscious mind! 


Macamana eh aku boleh hidup bertahun mcm ni? I've known to always figure things out and have backup plans so bila aku takde backup  plan, aku stay. Hiding behind the words "sayang"...


Marilah kita sama sama belajar on how not to get easily attached. Gua penat doh. Serious penat. Hati aku lembik dah. Kalau aku Ironman, i dont know how many countless time aku tukar battery.


Cukup lah sampai sini dulu kot. Start slow slow borak dlm blog like I used to.








Tuesday, 15 October 2019

Satu dalam berjuta

It has been so long since my last post. I always believe that people who write are the ones that are hurt. But seriously now, i dont feel hurt at all. Sorry..not really at all. 

Aku rasa aku dah takde material nak dicakapkan dalam blog ni but i still know deep down inside, i wanna write. Whatever shit happens sekalipun, writing is in my vein. I cannot resist.

Okay lets start with being blessed with my life now. I felt more content and alive. Kudos to her because she still the one that I love from day one. Day one means the first time we met at JSH. You can say that I am loyal, cool, charm, caring, loving, sweet talker or whatever the name is but the one that are really lucky is me.

Like for god sake, i am so lucky kot sebab palat, sial, celaka gua ni, ada jugak yang menunggu. One in a million lah you.









Gua terberhenti lama jugak ni sebab i try to find words to describe you but none of it can compare to the love and affection u shown me. Aku rasa sekarang dah masuk fasa i cannot say those sweet things anymore. I mean i still can play around and giggles but to really put words on how to show my appreciation, like damn its really hard.

Sebab? Sebab aku tahu kau nak assurance and setakat cakap2 ni, sudah basi. Dan, im too old for lovey things online bro. Cakap je tak layan, kita action satu kali baru dia percaya.

Okay lah lets wrap it up. 

Bila aku tengok dalam mata kau,
Aku nampak diri aku,
Reflection tu adalah aku ataupun cuma aku di mata kau?
Either way, looking at your eyes makes me calm.

They said when u meet someone and u have those tremors feeling,
Yeap thats not love my brother,
The one who makes u feel so calm,
Itu yg kau kena simpan.

Sunday, 24 February 2019

Divorce 2.0, Weds 3.0

Susah ke nak faham seorang anak? Susah ke nak faham seorang ibu. Aku hidup dah 24 tahun tapi aku susah nak faham hati ibu. Aku ego? Mungkin. Tapi ego aku, masih aku hulur duit, masih aku jenguk, masih aku ucap tanda syg. Walaupun aku mungkin tak memehami hati seorang ibu seperti anak ibu yg lain, tapi aku punya hati. 

Aku bukan pandai nak express kan rasa tu semua. Dulu org salahkn aku bila aku buat keputusan keluar dari rumah. People blame me for not being understanding on what marriage is. Does marriage cheat? Does marriage means you on the phone with anther guy dalam toilet while your husband curi2 dengar dekat luar? Does marriage requires a guy to give wealth? If it so, rumah kereta pergi bercuti duit bulan2 siap bonus hujung tahun tu maknanya kekayaan? and again if it does, then why my mom still left us? still left my dad? i really like to remind people that marriage institution consist of a father, a mom and child.  Bukan husband and wife semata.

You have been divorces two times. Waktu cerai, okay aku masih cuba terima sampai lah tahap kau nak kahwin kali ketiga. Jantan mana yg betul2 jantan dtg rumah org malam2 buta terus masuk meminang? ke pondan tu? Wakil laki ckap sebab tak nak hold lelama so nak kahwin terus. Kau dengan tak kenalkn diri. We dont even know you. Muka kau pun aku tak ingat skrg ni. Okay fine kau buat keputusan drastik kan. You wanna get marry with my mom? Go ahead! I dont give a fuck, pergi lah mampos. Bila kau dah buat keputusan sendiri, aku pun dah set benchmark. Which is you just want my mom, not us. So stay the fuck away from us. 

The wedding will be held last than a month from now. Aku okay, kau nak jadi pengapit walaupun aku tak suka walaupun kau tahu aku kalau dah benci, nk tengok muka pun aku tak nk. Tapi sebab ibu, i said okay walaupun na je aku tanya mana kawan dia? Mana kawan yg pergi Batam sesame tinggalkn suami tak tahu pape dekt rumah? Mana kawan yg pergi SABAH SESAME TINGGALKAN SUAMI AND ANAK DEKAT RUMAH? Mana kawan yg dia pergi umrah sesame tinggalkan anak and suami dekat rumah? MANA?! Kahwin, cerai, whatever shit dalam family, aku selalu ada prinsip biarlah family je tahu. Kalau ada kenalan sekalipun, make sure org sekeliling kau tu bukan toxic punya org.

Blood isn't always family and family isn't always by blood. Aku tak faham macamana manusia yg tak punya hak untuk bersuara, paling lantang sekali bersuara. Who are you? Aku tak suka nak kurg ajar but if you cross limit, you are officially cancel. Kau tak pernah bercerai and kau tak pernah ada dalam family yg mak bapak nya bercerai. SO KAU DIAM LAH BABI! MEMANG AKU MARAH. Bila dah jadi mcm ni, baru tahu kau sibuk ajak jumpa anak2 makan sesame, baru pandai nak get along atas alasan sebab sebelum ni busy. Masa kau menggatal, tak busy pulak?!

Sorry ye, adik beradik lain mungkin cakap okay. Tapi aku tak. Dendam aku byk, sgt banyak. Not even the fact and excuses u are marrying my mom bcos she has exceed 50 years old plus and needs company would mend my heart to meet you. Dan jangan harap aku akan panggil kau ayah or what so ever. Mak tiri aku yg dah berpuluh tahun pun aku panggil makcik, what makes it different now? 

Banyak lagi yg aku nak cakap but I reserved it for now. Tunggu lah kalau ada yg trigger lagi, ada lah aku bersuara.

Wednesday, 25 May 2016

Aku Janji

Is it wrong to cry after being left?
Is it wrong to still fantasizing how sweet our relationship were?

Aku sumpah aku dah cuba tapi bukan mudah,
Tiap inci wajah kau tersusun indah,
Pengacau jiwa aku yg makin parah,
Buat hari-hari aku tak lekang gundah.

Sekian lama kita bersama, 
Kita putus kerna tersalah kata,
Kau tinggalkan aku pada hari bahgia,
Buat aku rasa cinta aku sia-sia.

Akhir-akhir waktu kau berpaling,
Tinggalkan aku pada hari keramat penting,
Bukan dendam yg aku tanam sering,
Cuma doa aku harap kau iring.

Apa kau lupa saat kita bahgia,
Saat cuma aku dan kau yg rasa,
Bukan persetankan manusia dusta,
Atau bayangan untuk masa depan pula.

Dua tangan aku kosong takde kau,
Jiwa aku parah bila kau hilang,
Hati aku rosak kau henyak-henyak,
Akal aku buntu kau tembak-tembak.

Siapa mereka untuk menjamin aku bahagia,
Kita tahu kita sama kita,
Tapi kau lebih pilih untuk bersama dia,
Yang dapat kau tunjuk bangga pada semua.

Mungkin dah sampai masanya,
Kau pergi buat selama,
Satu satu aku kutip semangat aku,
Bersama dgn dia yg baru.

Bagi aku masa, sikit. Sikit lagi. Biar beratapkan airmata. Biar bertemankan sepi. Aku janji, aku akan lupakan kau dan semua ni..

Aku janji, sayang.

Thursday, 25 December 2014

2014

I'm gonna write in this entry till you get bored so if you are inpatient bitch, don't read.

I still don't have a closure. I still really don't know what I want in my life walaupun aku selalu cakap habis diploma aku nak sambung degree in cardio and fly to Arab untuk kerja sana. But actually, I am still searching.

Dulu, the only way I express my anger is with writing. Sekarang I found a lot of distraction to do that and make me angry more sebab aku tak tau nak apply anger tu dekat mana. 2014 as I remember didn't taught me a lot except I got dumped (again) by my love one and pointer aku turun gila banyak.

I blame anyone? No but somehow org yg belajar main-main macam aku still can maintain their pointer. Lesson learned, rezeki. Ada yg pura-pura sedih konon insaf pointer turun.

I have been dealing with almost amount of bullshit and fake people every single day so if you think I didn't know what is inside your head, take a shot and see where's your bullet go. 

Too much hatred and negativity? I'm sorry, life has taught me in a hard way. But I still know where's my limit, where to take a shot and where to save a bullet.

Dulu dulu masa sekolah ingat tak kalau tak suka someone, mesti end up kena pandang badi. Tapi sekarang da lain. Orang tu sakai, entah pape macamane pun tetap kena tengok muka and terima nasib sendiri tiap hari. If you can't change how the world works, change the way you think.

I am bad and I have guts to admit it.

Will you?

Monday, 1 December 2014

Future me

Taip, padam. Taip, padam.
Tak tahu kenapa aku perlu jaga hati orang yg sakitkan aku.

Yes, I'm broken and I'm typing this not because I'm asking for your sympathy nor to blame you.

I'm doing this because I have nothing more to lose.

Dear future me,

If you're reading this it means your heart is no longer there. You might not believe that this is who you are, just take a glance at the mirror and remind yourself that you are broken enough in order to be strong enough.

Friday, 7 November 2014

Pain of broken heart

Tears of blood fall from my broken heart,
I never thought we would be apart.

When you held me you said "forever"
Now I know you meant "never"

Saying you love me with that look in your eye
And that was a cold hearted lie

Your tender touch, a soft kiss
Two things about you I will miss

As I sit here thinking about you
My face is wet with tears past due

I should've cried a long time ago
But I loved you so

I know they say love is blind
But I only had you on my mind

A hurt so deep it cuts like a knife
But wounds heal and I'll go on with my life

"Erika, Dec 2007"

Friday, 3 October 2014

Fair

My old little angel, you know you are always there.

Wherever you are,
Who are you with,
How happy your life is,
My heart will never ever change.

Walaupun kita jauh,
I mean sangat jauh, you are always in my mind.

Silly me. Waktu dia pegang tangan aku first time, I still hope it was you. After you broke me and I left you, it changed the whole me.

Paranoid. Insecure. Always find myself back but always keep my heart away.

Until one day, hati aku terbuka untuk dia.
But I wonder, why you still there?
I found that some people may not stay in our life but they're always in our heart.

I respect kau tak kacau hidup aku skrg and for return, I didn't bother yours too.

And sebab respect jugak la, aku tak kacau kau, aku jaga diri aku, aku jaga hati orang yg sayang aku.

Fair enough, right?

Sunday, 10 August 2014

Bullied

I have been bullied since school. Definition of bully untuk aku not physical abusement, mental bully, cyber bully.

"Split personality" they said.


I should just ignore kan. Tapi tu lah, bila the one yg rapat dgn aku pun say like that. The one yg aku bole kata kekuatan aku, yg aku ingat kenal aku, pergi ke golongan yg sama sama tindas aku.

And surprisingly,
dia la kepala bapaknya.
Perli, mock aku dekat twitter dgn member lain.

So, I left you.
Being fair and square.

I thought Tuhan da lepaskan aku,
tapi tak.
He gave me more than that when I get to college life.

Tahu jela college. Entah budak dari pelusuk mana satu kelas.
Mentality, personality..
Damn la.

Luckily, I got this one girl yg don't give single damn about what people said. Sekarang da faham la kenapa my previous friendship selalu berpecah macam tu je..

I have my own perception about friendship.
If you can't understand mine, then its fine,
But if you can't shut your mouth, then don't blame me for being mean..

Bully kill souls..

Look at my mindset, 
Revenge.
And I'm equal to people yg bully aku.

So, I let them go 
and
laugh at my own flaws..


Monday, 7 July 2014

Die

And we were really young at that time,
I know you didn’t mean to love me but you did,
And I thought I wouldn’t get in this game but I did.


As we grown up,
Things changed,
You’ve to study abroad,
And I’m still at the same place
Where we build some memories that never fade away.


Its very devastated
When I knew you got so much time
To keep in touch with my friend
But not me, yours.


Stupid young girl am I
Accept you everytime you sad and cry
But I’m not there when you’re having fun.


Oh God please tell me why
Why I keep loving someone who gave me so much to cry
Why you don’t just let me die..

Saturday, 8 February 2014

Bahagia

Banyak hal kita tak boleh kongsi dalam dunia,
Walau macamana kita percaya,
Simpan sikit untuk diri kita.

Aku tak nak luka yang kau rasa,
Terpalit dalam cerita kita berdua,
Biarlah kalau tiada lagi hala tujuannya,
Berpisah lah cara bahagia.

Sayang,
Sungguh kau buat aku tenang,
Setenangnya pejam mata kala bulan mengambang,
Selembutnya mimpi indah bertandang.

Kesat airmata mu,
Kau sedang bersama ku,
Bahagia yang ingin aku tuju,
Agar hatimu tak lagi membeku.

Andai sakit aku dapat kau sentuh,
Dan kau tarik keluar menyeluruh,
Nescaya tenang aku punya roh,
Tanpa bayangan si bangsat yang angkuh.

Suatu hari aku akan pergi,
Waktu mimpi sedang mencapai realiti,
Saat kau berpaling ke mari,
Mungkin aku tiada lagi di sisi.



Saat itu,
Cari lah bahagia mu sayang..

Thursday, 19 September 2013

Jarak

540km yang pisahkan kita
Jangan bimbang
Takkan pernah hilang rasa
Aku akan cuba selalu ada.

Penat
Tapi cuba pelan-pelan
Tak kisah berapa jauh
Kau tetap yang utama.

Bangun tidur, suara kau
Rehat, suara kau
Sebelum tidur, suara kau
Bukak laptop, tengok gambar/video kau
Bukak fon, gambar kau
Bukak wallet, gambar kau.

Itu jela pengubat rindu aku 2 bulan ni
Nak whatsapp malam je sempat
Siang masing masing dalam ward.

Maafkan aku kalau aku cari pasal selalu
Maafkan aku kalau aku termarah selalu
Maafkan aku kalau kau rindu tapi cuma diam aku mampu..

Sebab itu je yang aku mampu..
Tiba-tiba takde kau
Apalagi aku mampu buat
Selalu celaru
Selalu buntu.

Tapi aku tahu
Kau kenal aku
Walau jauh berbatu
Aku masih aku..

Sunday, 15 September 2013

JB Writer and Reader Festival

Sabtu 14/9 aku pergi #JBWRF dekat Danga Bay Marina Club. Dapat lah beli barang yang aku nak. Sampai je aku cari favourite writer aku, hampeh takde. Aku tanya brader ni, dia kata writer yang lain balik hotel. Hmm hampa sikit..

Pastu dah beli barang dekat terfaktab, pipah nampak car sticker dekat dubookpress, dia pun beli. Then, pergi booth iamlejen.. Aku godeh lah baju baju tu jakgi jumpa baju Awek Chuck Taylor wehhhh! Wuhuuuuuu! Aku angkat satu. Pipah beli lagi car sticker dari iamlejen..





















Sebenarnya kamar sutera tu sudah ku tukar jadi konserkova.

Ahad 15/9 sekali lagi gua pergi sana sebab baju yg gua beli ketat sikit. Tak selesa aku. Nasib baik boleh tukar. Sampai je sana, gua dah senyum.. Hehe sebab nampak favourite writer aku. Wiiiiiiiiii! Lepas beli, aku borak kejap dgn dia.. pastu amek gambarrrrrr! Nasib baik bila aku mention aku ni slapper, dia kenal. Hehehehe :D





















Habis je amek gambar dia tanya aku duduk mana. Hehe pastu gua pun cauuuu! Aku pun tak tahu lah kenapa aku minat cara penulisan dia. Dah minat, nak buat guane..

Okay itu je. Papaii :D

Friday, 13 September 2013

Follow the flow

Tak seperti yang orang lain kata,
Aku takkan berjanji selalu ada masa,
Sebab kita berdua dah pilih jalan ni,
Our job need a full commitment from us..

Selalu aku fikir kenapa Tuhan jarakkan lagi hubungan yang baru nak erat ni? But then aku fikir balik, kalau tak jauh macamana tahu rindu? Tapi, ini jauh sangat. Hujung dengan hujung. How am I gonna go through all this?

Entah laa. Belum hadapi dah gelabah satu hati. Human being right, takutkan benda yang tak pasti. But macam yang dia ingatkan aku siang tadi, comunicate tu penting. Gaduh sikit jangan diam.. Sebab aku pesen pendam. Takut rosak dalam. 

But no worries, all is well.. Aku dah set mind aku balik macam 4 bulan lepas, sebelum aku sambung study. Method dia senang, follow the flow..



Tonight is the last night you are here..
Hey, kau tahu aku akan rindu kau sangat.
Brace yourself sayang,
2bulan.. its gonna be bumpy ride.

Sunday, 2 June 2013

Deep down feeling.

Is it worth fighting for you?
Dalam 2 3 bulan akan datang, will we be the same?
Aku tanya, aku takut,
Aku tak suka hilang kau.

Kau janji, apa jadi kita bincang
Kenal tak sampai sebulan,
Mana muncul rasa sayang?
Jangan. Terlalu awal.

Sayang belum ada
Rasa ambil berat yg sebati
Betul aku kata
Kau cukup menarik hati.

As I growing up
I know where to draw some line
So that no one get hurt
By the most faking damn feeling.

But again, we are human being
That try so hard to deny the feeling
Because we afraid of leaving
And we let go the one who keep loving.

I write because I can't speak
I'll never mad if you didn't understand what I mean
Live in a grey area alone
Makes me even stronger though.

Tell me, what should I do?
Everytime I try to move on 
And stay on the right path
That damn feeling keep coming
With someone and perfection.

Love and perfection
Its universal
You can't describe with a full sentence
No. You can't.

Give me time
Not for you
But for myself
For me to prove that I can beat that feeling
Because the most enemies comes from within
It is yourself..


Wednesday, 8 May 2013

Love and Friendship, its equal.

You know what is love? When you feel secured and just be yourself. The feeling I had, I've never felt this before. The bonding between us. This is not just friendship, this is sisterhood.

Yesterday was a great female bonding time. Seriously. Thank you. I have so many things to say about you. We have a lot in common. You owed me a cup of coconut water from Klebang. Remember that. Aherherher..


"Nothing can compare to the Love and Friendship we share"


From Melaka with love. Thank you amoi :*
Its a blessed.

Tuesday, 9 April 2013

Autobiografi

Aku sekeping cinta. Yang wujud dalam setiap nyawa. Tiada penafian. Hati Hitler pun pernah aku gegarkan. Aku mencari jiwa. Jiwa suci muda. Mentah. Tahu siangnya suka, malamnya gembira. Tiada apa dirisaukan untuk hari duka.

Cinta muda kata nafsu. Cinta tua kata miang. Ah persetankan semua kata dunia, bila kau dengan dia, kau bahagia bukan? Waktu tu, aku jadi pengikat keduanya. 

Waktu bahagia, aku diagungkan. Aku sering kali dilafazkan. Setiap pagi, malam, setiap kali di telefon, setiap akhir perbualan. Ahh kau katakan, aku di mana mana. Worst case, di rest room. Tapi aku tak pernah mengeluh. Itu fitrahnya manusia. Cinta antara perempuan dan lelaki, mahupun LGBT.

Bila salah sikit, aku disalahkan. Katanya aku kejam, aku tidak adil. Ternyata manusia belajar tinggi mana, tak pernah cuba untuk akui salah sendiri. Cinta itu selalunya menjadi subjek untuk didebatkan. Katanya, kalau mampu mereka putarkan masa, mereka takkan mahu jumpa aku. Mereka takkan jatuh pada aku.

Cinta mahupun nafsu. Kau fikir sendiri. Cuma, jangan gunakan alasan cinta untuk nafsu. End up, cinta masih lagi dimaki sebab wujudnya golongan otak dangkal macam kau..

Satu hari pasti, Tuhan permudahkan. Kau akan bertemu dia kerana aku wujud dalam keduanya..

Wednesday, 27 March 2013

What love means to you?

Muqadimah. Aku cuma tanya random. Ada yang dapat jawap on the spot, ada yang jawap esoknya, ada yg belum jawap lagi, ada yang bagi jawapan panjang berjela dan aku mintak jasa baik orang tu conclude dalam satu ayat.

What love means to you?

Ayu: Stupid. Haha takdelah. Kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain. Mungkin laa mungkin.

Shaf: Unexplainable. Its hope. Its happiness. Its hardship. Its to survive. But most importantly love is trying to be with the one we care the most. Forever and always.

Finn: Lebih kepada kepercayaan sebab bg aku kalau takde kepercayaan tak payah lah bercinta bagai. Its start all from trust. How you trust him at the first to take care of your heart.

Sis Ryne: Act true love is unconditional. Love is how you forgive and understand someone. And also what you feel and how you hold on.

Ap: Entahlah, aku dah lama tak berjiwang jiwang ni. Susah aku nak huraikan pasal cinta.

Sis Jane: Satu simbol yg mampu merungkai perasaan. Kita mulai tahu apa tu kasih sayang, angau, gembira, sedih, gelak, cemburu. Kadang kita bangkit untuk harungi. Kadang kita lemah.

Syidah: Bila dua dua pihak menyayangi antara satu sama lain.

Wanie Ahmad: Perkongsian dua jiwa yg saling kasih mengasihi. Melengkapkan fitrah manusia untuk disayangi.

Eqha: The feeling where its bigger than liking someone. Its like... love is me and him. Ecehhh, idk. *eqha gila bijak*

Erna: Sayang tu perasaan untuk take a good care. Perasaan tu tulus sebab kau tak mengharap orang yg kau sayang tu akan sayang kau jugak.

Abam Merel: Love is a betting. A betting to trust someone to not break your heart.

Some people asked me back "How about you? What love means to you?"

Me: Trust, respect each other, tolerate. But above all, to me love is when you love someone more than yourself. *ahh ini cinta gila!

But when I think about it again, aku setuju dengan Merel. Yap love is betting. Sometime we lose but we will definitely win. One day..

Love ni skop dia luas. Love is everything actually..

So, what say you? Aherherher..

Wednesday, 13 February 2013

Kota Cinta Malaysia


Happy CNY! Okay holiday ni aku pergi Melaka. Sebenarnya dah lama gila kot tak pergi Melaka ni. Aku sangat rindukan Melaka. Serious sampai sana, sesat lah seh. Malu je tapi takde hal sebab no plat JB. 

Sampai je sana, terus pergi mandi dekat Wonderland. Nak check in hotel lambat lagi. Aku dengan pipah share tube masa mandi dekat sana. Alah boya lah! Abit dgn cousin aku. Tak tahu berapa kali aku dengan pipah jerit masa naik gelongsor tu semua. Dengan lutut aku asyik terhentak je.



Isya. Dia ni cousin aku. Dia ni pesen yang nice to see but not to hold. Kalau pegang confirm nangis. Confirm lah aku cakap. Tapi kekadang, tengok je pun dah nangis. Cehh! Nasib baik comel.


Dani dengan Dina. Perfect name right? Mihmihmih.

Dah seronok berendam, badan dah kembang, dah amek gambar, dah terserempak dengan sorang senior dgn tunang dia, kitorang pun check in lah hotel. Waktu tu dah pukul 6petang. Okay jugak lah hotel dia. Walaupun Abit kata hotel murah, elehhh kau mampu ke nak bayar kalau mahal? K jangan biadap.




Then, malam dinner dekat Umbai. Macam macam seh makanan. 



Aku rambang mata, tak sempat amek gambar masa makanan sampai. Last last..


Tadaaaaaaaaaaaaaa! Sedar sedar dah habis. Kakaka. Pastu pusing kedai souvenir dekat situ kejap. Pipah berkenan dgn Patrick.


Pipah: Eh patrick! Nak beli lah untuk gemuk.
Aku: Haa yela *tak sangka kekentalan gemuk kau dicairkan dgn patrick rupanya*

Ingat malam tu lepas dinner nak pergi Jonker Walk tapi jammed gila punya so terus balik hotel membuta. Pagi je aku terbangun pukul 6 sebab tak tahan sejuk. Dalam pukul 8 lebih aku, Abit, Pipah dgn Dani pergi sarapan dekat cafe bawah.


Nampak sangat muka Pipah tak mandi.



Pelahap pelahap. Masing masing ligat isi tembolok sendiri. Pukul 12, check out dari hotel. Terus ke banda hilir. Nauzubillah, jammed tak ingat. Yang sakit hatinya, Melaka ni one way je jalan dia. Kalau terlepas, harapan lah nak u-turn dekat. Abit sesat kot lepas isi minyak. Tak tahu mana jalan nak pergi banda hilir. Masuk sana masuk situ, tuptup jumpa Jonker Walk. Yay! Kesesatan yang berbaloi. Aku amek gambar masa dalam kereta. Sambil layan jammed yang memuntahkan tu, sambil layan kepala amek gambar lalu tingkap kereta.


Eh? Tapi ni bukan pokok mangga. Kakaka.



Argh comelnyaaaaa orang utan. Keterujaan nampak kedai ni okay.



Forte dua pintu siak. Yang ni harga 100 ribu lebih! Yang ayah punya 70 ribu je. Aku, Abit dgn Pipah macam orang apa nampak kereta ni lalu sebelah. Hai lahai.. Dah lah warna merah.



Kan comel dapat satu simpan dekat rumah. Waktu emergency boleh guna. Ala-ala kenderaan basahan lah ni.



Sumpah kalau aku boleh turun kereta, aku amek gambar banyak dekat sini. Suka betei tengok suasana lorong ni..


Eh? Kakaka. Dia yang sibuk interframe okay. Takpe takpe kau tourist pertama dalam lensa aku. Be proud dude! Mesti dalam hati dia kata "Oh Malaysia is so damn hot. Hurmmmm I like it!" Cuba tengok mimik muka dia tu. Kakaka.


Then, pergi dataran pahlawan. Family aku lepak dekat food court. Semua muka penat gila. Waktu macam ni lah aku merayap pergi amek gambar. Sikit pun jadilah janji puas. Aku ni pesen amek gambar tak suka ada orang lain. Rasa tak selesa. So aku pergi sorang..








Semua gambar ni random je. Sebab rushing. Takut kena tinggal kang, tak balik Jb aku. Ada satu tempat, alaa yang atas bukit tu. Aku nak sangat pergi tapi masa. Masa mencemburui percutian kali ni.. Kalau tak, complete jiwa rabak aku waktu ni.

Sebelum balik, sempat lagi Abit posing..


Ni lah Abit yang buncit. Hisap rokok sambil makan aiskrim aku. Herm nasib baiklah lidah aku ni pesen tebal. Dah biasa bau rokok..

Baiklah, mari kita pulang. 


Bye Melaka. Thanks for give me something to smile. Eventhough, its still hurt to think about you. Cause all this while, wherever I go, whatever I do, you are the first one know about it. Now? Its all gone. Melaka, I will come back one day. With my love one because Melaka, you are the city of love for me.. Now I just love and in love with myself.. When the right time comes, I will love someone else who deserve it more than myself..


Tuesday, 1 January 2013

Khalil..


Terima kasih pada yang sudi baca. Cerpen ni spontan je. Aku takde buat apa. Maaf kalau ada yang terasa. Silakan membaca dengan gembira :)


  Tergopoh-gapah aku keluar dari pintu dewan tu. Mencari kelibat si dia dalam kesesakan berpuluh orang. Terpandang seseorang, hati aku lega. Dia masih di situ. Itulah Khalil. Menunggu aku pulang seperti biasa. Itulah rutin kami berdua setiap hari. Kalau tak aku, dia yang tunggu sampai kelas masing-masing habis. Tempatnya macam biasa, bawah pokok pertama kali kami kenal..

   Aku dengan dia banyak bezanya. Aku baran, dia sangat penyabar. Aku kuat cemburu, dia pandai ambil hati. Aku minat Man U, dia kata Chelsea… Tapi itu semualah yang kuatkan kami. Mana yang aku kurang, dia lengkapkan. Mana yang dia tiada, aku cuba wujudkan..

   Aku tak pernah lupa cara kami kenal. Dialah insan paling jujur aku pernah tahu dalam dunia ni. Betul kata cikgu aku dulu “Kalau nak cari pasangan ni, jangan pilih yang romantik sebab dia pandai putar belit bicara. Tapi cari yang jujur..” Sepanjang aku dengan dia, tak pernah sekalipun kelakuan dia yang buatkan aku sehingga ke tahap curiga. Cemburu biasa-biasa tu adalah.. Hihihi..

   Macam biasa lepas kelas, aku akan habiskan masa aku dengan dia. Kalau tak pergi makan, tonton wayang kegemaran kami. Petang tu aku cuma kata aku nak siapkan assignment jadi dia pun setuju. Malamnya, aku tak tahu kenapa roommate aku macam diam je. Aku tanya pun dia tak jawap. Aku macam biasalah baca novel sambil dengar lagu I Have Nothing – Whitney Houston.

   Roommate aku pandang aku semacam, dia datang dekat. Dia kata “Aku pelik tengok kau ni. Kau takde perasaan ke?”.. Aku berkerut seribu. Serious betei aku tak faham apa maksud dia.. Dia kata lagi “Zie! Kau sedar ke tak ni? Kenapa kau happy semacam?!”.. Nada dia mulai marah.

   “Kenapa kau ni? Aku happy pun salah ke? Isya, dulu aku menangis kau kata aku kena kuat. Sekarang aku dah tak boleh happy dah?” Aku cuba balas semula kata dia.. “Aku tak faham lah kau ni. Aku rasa baik kau sedar sebelum orang panggil kau ni gila!”.. Lepas malam tu, Isya terus tak bercakap dengan aku. Ada jugak dua tiga malam dia takde dalam bilik. Bila aku tanya, dia kata tidur bilik kawan dia. Aku diamkan aja. Aku tak nak tanya pun kenapa..

   Aku dah penat dengar orang kata aku dan dia itu ini. Apa yang aku tahu dan apa yang penting, aku dengan dia bahagia. Biarlah bahagia itu aku dengan dia je yang rasa. Orang lain tak perlu tahu. Aku bukan jenis cepat melenting tapi kekadang kutukan, cacian, makian orang sekeliling ni yang buat kepala aku sakit, buat hati aku terguris sangat.

   Salah ke aku cuma ingin bahagia? Kata dia, aku terlalu fikirkan apa yang orang lain cakap. Sumpah, kalau aku fikir apa yang orang cakap, aku dah lama tinggalkan kau dan semua kenangan ni.. Aku tak nak satu-satunya orang yang aku paling percaya dan bergantung harap dekat sini, menjadi antara orang-orang yang prejudis terhadap aku..

   Haritu seperti hari-hari yang lain, aku harap. Aku dan dia macam biasa lepas kelas kami pergi ke kafe. Waktu kami jejakkan kaki, aku rasa semua orang dalam kafe tu pandang kami. Entah, apa yang salah. Aku tengok pakaian aku atas bawah. Takde yang berubah. Aku masih simple macam biasa. Kami pilih tempat duduk yang agak terpencil sedikit, tak nak ganggu pandangan orang lain yang sedang menjamu tembolok dengan kehadiran kami.

   Khalil pergi beli makanan, aku cuma duduk diam. Aku tak punya selera nak makan. Agak kekok bila duduk seorang dan ramai mata yang memerhati. Macam aku ni baru keluar jail pun ada. Dalam ketidakselesaan tu, aku nampak Isya dengan kawan-kawan dia duduk semeja. Ya, Isya yang dulu roommate aku, sekarang dah jadi ex roommate. Isya pindah bilik kawan dia sepenuhnya. Aku tak tahu macam mana mereka boleh hidup dalam satu bilik yang sempit dan terlalu ramai tu.. Dah macam rumah kotak kontraktor Indon agaknya. Tapi aku rasa, itu lagi selesa.. Hmm lantak lah. Aku dah biasa rasa sunyi sejak Isya pindah sebulan lepas. Selama ni aku tak pernah pulak jumpa hantu yang budak-budak hostel ni cakap.

   Ada satu hari tu, aku tak tahu kenapa aku buat semua kerja salah. Aku tak focus pun pada apa-apa. Nak kata penat, aku rasa tidur aku cukup. Masalah wanita? Langsung tidak. Bila Khalil tanya pun, aku jadi nak marah je. Lastly, aku decide untuk balik bilik and rehat. Aku masuk je bilik, aku tengok katil Isya dah ada cadar, meja dia pun dah penuh dengan barang. Mungkin dah tak tahan kot nak duduk dekat rumah kotak Indon tu.. Aku biarkan. Aku letak beg, aku terus rebahkan badan atas katil. Walau tak seempuk katil rumah tapi cukup untuk buat aku sedia terlelap dalam hanya 5 minit baru landing.

   Bangun dari tidur, aku nampak Isya duduk tepi katil macam hantu. Waktu tu dah maghrib. Sudah aku terlepas solat Asar. Aku dengar sayup-sayup tangisan dari dia. Aku cuba datang dekat. Aku duduk sebelah Isya.. Aku bukak bicara “Babe, kau okay? Kenapa nangis ni?”.. Isya diam. Takde sebarang reaksi yang menunjukkan dia akan berkata-kata. Aku cakap lagi “Aku nak pergi mandi dulu. Nanti malam kita cerita k”…

   Waktu aku masuk bilik lepas mandi, aku tengok Isya takde. Hah mungkin ke bilik kawan dia lagi. Aku dapat satu messages “I wanna meet you tonight. Please”.. Ringkas tapi aku tahu dia. Kalau tak penting, takdenya dia ajak jumpa ke apa waktu malam ni.

   Aku tunggu dia dekat tempat biasa. Dia agak lambat, aku dah mula panas hati. Biasalah aku memang pantang bab masa. Kalau ikut hati, mahu aku berambus dari situ tapi mengenangkan messages Khalil tadi, aku tunggu. Untuk dia, aku sampai terlupa yang aku berjanji dengan Isya yang aku akan dengar cerita dia malam tu..

   Pukul 8, tiada. Pukul 9, tiada. Dah berpuluh kali aku messages, aku call tapi takde satu pun yang berbalas. Aku betei dah marah masa tu. Aku terus balik bilik… Dalam bilik, Isya dah duduk dekat study table. Aku tengok dia macam busy siapkan assignment tu. Aku tak kacau. Aku tak bersuara sebab aku kenal Isya, tak suka diganggu walau bunyi kucing mengiau sikit pun.

   Isya bersuara “Maaf, aku tinggalkan kau sebulan lepas. Aku bukan nak jauhkan diri dari kau tapi aku tak tahan orang panggil aku duduk sebilik dengan orang gila”.. Aku tak terkejut dengar ayat yang keluar dari mulut dia. Malah, aku berkata “Dah tu kenapa kau balik sini semula? Dah ready nak jadi gila ke macam mana?” Aku bernada sedikit memerli.. Isya pandang aku. Masih jelas tanda-tanda orang lepas menangis pada muka dia. Tapi soalan yang Isya keluarkan, buat hati aku hilang simpati dengan tangisan dia tadi. Isya kata “Tak.. Aku cuma nak sedarkan kau. Sampai bila kau nak hidup dalam kenangan?”.. Aku diam untuk beberapa ketika. Entah dah berapa puluh kali aku dengar soalan yang sama. Aku cuba mencari jawapan untuk soalan tadi tapi akhirnya, aku jadi malas. Aku cuma balas “Aku ngantuk. Selamat malam”.. Isya masih di situ, mungkin masih menunggu aku punya jawapan.. Dalam mata terpejam, hati berkata “Maaf Isya. Orang kata aku gila sebab hidup dalam kenangan tapi orang tak tahu. Sebab kenangan lah aku masih hidup…”

  Esoknya takde kelas, hari minggu. Hari untuk kebebasan, mungkin. Tapi aku? Jiwa aku masih tak bebas. Mimpi malam tadi betul buat aku tersedar.. Tersedar dari kenangan yang aku hidup selama ni. Aku cuba cari Isya, dia takde dalam bilik.. Aku cuba tenangkan diri. Aku pergi mandi. Lepas sarapan, aku cuma duduk termangu dalam bilik. Aku cuba ingat kembali apa yang aku mimpi. Seakan ada sesuatu yang aku perlu cari dalam bilik tu tapi aku tak tahu apa.. Aku cuba call Khalil tapi dia masih tak angkat.
Isya balik bilik. Aku terus tanya “Kau tahu mana Khalil pergi? Semalam dia kata nak jumpa, aku tunggu tapi dia takde. Aku messages, aku call dia tak respon apa-apa pun. Aku cuba cari dia dekat tempat budak lelaki tapi…..” Isya memeluk aku. Aku tak tahu apa maksudnya. Aku terdiam dalam masa sama, aku terasa bahu aku panas. Aku sedar Isya menangis.

   Dalam beberapa ketika, Isya melepaskan pelukan. Dengan sekali nafas, Isya kata “Khalil dah takde Zie. Dah berbulan dia tinggalkan kau. Tinggalkan kita semua.. Aku rasa bersalah sangat pada kau”.. Aku jadi tak mengerti, aku jadi marah. Kenapa Isya sanggup kata macam tu sedangkan aku baru jumpa Khalil siang semalam. “Apa kau kata ni? Khalil hidup lagi. Dia masih ada. Dia masih milik aku”.. “Ya, Khalil masih milik kau tapi bukan lagi dalam dunia ni. Khalil cuma milik kau dalam hati dan kenangan kau”…

   Saat tu, serta-merta kenangan datang menerpa. Dari saat pertama kali aku kenal Khalil sampailah aku bergegas ke tempat kemalangan bila Khalil dilanggar teruk oleh sebuah kereta. Saat aku ketahui Khalil dah tiada, aku cuma berharap yang dia akan datang semula. Dan dunia aku betul kata Khalil muncul semula. Kerna tu aku masih hidup dalam kenangan. Kenangan yang aku cuba ciptakan, kenangan yang aku cuba ulangi bersama dia. Aku terdengar mereka kata “Khalil mati dilanggar waktu nak selamatkan seorang perempuan dari terlanggar kereta” Mereka kata Khalil berpegangan tangan mesra dengan wanita itu di pusat bandar, dan Khalil jadi mangsa.

   Tanpa aku sedari, airmata aku laju jatuh. Isya kata inilah kali pertama aku menangis sejak Khalil tiada kerna selama ni, aku fikir Khalil tak pernah ke mana-mana. Masih bersama aku. Aku check Inbox phone aku, betul takde sebarang messages pun dari Khalil. Cuma semua itu wujud dalam fikiran dan dunia yang aku ciptakan..

   Itu peristiwa 5tahun yang lepas. Kini, aku sudah bersedia mulakan hidup baru. Mulakan hidup tanpa Khalil. Aku sudah graduate dan bakal dapat kerja tak lama lagi. Hidup aku senang kini bersama keluarga dan sahabat aku. Isya. Aku sedar selain Khalil yang begitu sayangkan aku, masih ramai lagi yang masih bangunkan aku walau berapa kali aku terjatuh. Namun, sampai sekarang.. aku masih tak tahu apa sebab Isya menangis pada malam yang aku sepatutnya jumpa Khalil tu dan kenapa dia pernah menyatakan, dia rasa bersalah dengan aku…