Tuesday, 9 April 2013

Autobiografi

Aku sekeping cinta. Yang wujud dalam setiap nyawa. Tiada penafian. Hati Hitler pun pernah aku gegarkan. Aku mencari jiwa. Jiwa suci muda. Mentah. Tahu siangnya suka, malamnya gembira. Tiada apa dirisaukan untuk hari duka.

Cinta muda kata nafsu. Cinta tua kata miang. Ah persetankan semua kata dunia, bila kau dengan dia, kau bahagia bukan? Waktu tu, aku jadi pengikat keduanya. 

Waktu bahagia, aku diagungkan. Aku sering kali dilafazkan. Setiap pagi, malam, setiap kali di telefon, setiap akhir perbualan. Ahh kau katakan, aku di mana mana. Worst case, di rest room. Tapi aku tak pernah mengeluh. Itu fitrahnya manusia. Cinta antara perempuan dan lelaki, mahupun LGBT.

Bila salah sikit, aku disalahkan. Katanya aku kejam, aku tidak adil. Ternyata manusia belajar tinggi mana, tak pernah cuba untuk akui salah sendiri. Cinta itu selalunya menjadi subjek untuk didebatkan. Katanya, kalau mampu mereka putarkan masa, mereka takkan mahu jumpa aku. Mereka takkan jatuh pada aku.

Cinta mahupun nafsu. Kau fikir sendiri. Cuma, jangan gunakan alasan cinta untuk nafsu. End up, cinta masih lagi dimaki sebab wujudnya golongan otak dangkal macam kau..

Satu hari pasti, Tuhan permudahkan. Kau akan bertemu dia kerana aku wujud dalam keduanya..