Tuesday, 1 January 2013

Khalil..


Terima kasih pada yang sudi baca. Cerpen ni spontan je. Aku takde buat apa. Maaf kalau ada yang terasa. Silakan membaca dengan gembira :)


  Tergopoh-gapah aku keluar dari pintu dewan tu. Mencari kelibat si dia dalam kesesakan berpuluh orang. Terpandang seseorang, hati aku lega. Dia masih di situ. Itulah Khalil. Menunggu aku pulang seperti biasa. Itulah rutin kami berdua setiap hari. Kalau tak aku, dia yang tunggu sampai kelas masing-masing habis. Tempatnya macam biasa, bawah pokok pertama kali kami kenal..

   Aku dengan dia banyak bezanya. Aku baran, dia sangat penyabar. Aku kuat cemburu, dia pandai ambil hati. Aku minat Man U, dia kata Chelsea… Tapi itu semualah yang kuatkan kami. Mana yang aku kurang, dia lengkapkan. Mana yang dia tiada, aku cuba wujudkan..

   Aku tak pernah lupa cara kami kenal. Dialah insan paling jujur aku pernah tahu dalam dunia ni. Betul kata cikgu aku dulu “Kalau nak cari pasangan ni, jangan pilih yang romantik sebab dia pandai putar belit bicara. Tapi cari yang jujur..” Sepanjang aku dengan dia, tak pernah sekalipun kelakuan dia yang buatkan aku sehingga ke tahap curiga. Cemburu biasa-biasa tu adalah.. Hihihi..

   Macam biasa lepas kelas, aku akan habiskan masa aku dengan dia. Kalau tak pergi makan, tonton wayang kegemaran kami. Petang tu aku cuma kata aku nak siapkan assignment jadi dia pun setuju. Malamnya, aku tak tahu kenapa roommate aku macam diam je. Aku tanya pun dia tak jawap. Aku macam biasalah baca novel sambil dengar lagu I Have Nothing – Whitney Houston.

   Roommate aku pandang aku semacam, dia datang dekat. Dia kata “Aku pelik tengok kau ni. Kau takde perasaan ke?”.. Aku berkerut seribu. Serious betei aku tak faham apa maksud dia.. Dia kata lagi “Zie! Kau sedar ke tak ni? Kenapa kau happy semacam?!”.. Nada dia mulai marah.

   “Kenapa kau ni? Aku happy pun salah ke? Isya, dulu aku menangis kau kata aku kena kuat. Sekarang aku dah tak boleh happy dah?” Aku cuba balas semula kata dia.. “Aku tak faham lah kau ni. Aku rasa baik kau sedar sebelum orang panggil kau ni gila!”.. Lepas malam tu, Isya terus tak bercakap dengan aku. Ada jugak dua tiga malam dia takde dalam bilik. Bila aku tanya, dia kata tidur bilik kawan dia. Aku diamkan aja. Aku tak nak tanya pun kenapa..

   Aku dah penat dengar orang kata aku dan dia itu ini. Apa yang aku tahu dan apa yang penting, aku dengan dia bahagia. Biarlah bahagia itu aku dengan dia je yang rasa. Orang lain tak perlu tahu. Aku bukan jenis cepat melenting tapi kekadang kutukan, cacian, makian orang sekeliling ni yang buat kepala aku sakit, buat hati aku terguris sangat.

   Salah ke aku cuma ingin bahagia? Kata dia, aku terlalu fikirkan apa yang orang lain cakap. Sumpah, kalau aku fikir apa yang orang cakap, aku dah lama tinggalkan kau dan semua kenangan ni.. Aku tak nak satu-satunya orang yang aku paling percaya dan bergantung harap dekat sini, menjadi antara orang-orang yang prejudis terhadap aku..

   Haritu seperti hari-hari yang lain, aku harap. Aku dan dia macam biasa lepas kelas kami pergi ke kafe. Waktu kami jejakkan kaki, aku rasa semua orang dalam kafe tu pandang kami. Entah, apa yang salah. Aku tengok pakaian aku atas bawah. Takde yang berubah. Aku masih simple macam biasa. Kami pilih tempat duduk yang agak terpencil sedikit, tak nak ganggu pandangan orang lain yang sedang menjamu tembolok dengan kehadiran kami.

   Khalil pergi beli makanan, aku cuma duduk diam. Aku tak punya selera nak makan. Agak kekok bila duduk seorang dan ramai mata yang memerhati. Macam aku ni baru keluar jail pun ada. Dalam ketidakselesaan tu, aku nampak Isya dengan kawan-kawan dia duduk semeja. Ya, Isya yang dulu roommate aku, sekarang dah jadi ex roommate. Isya pindah bilik kawan dia sepenuhnya. Aku tak tahu macam mana mereka boleh hidup dalam satu bilik yang sempit dan terlalu ramai tu.. Dah macam rumah kotak kontraktor Indon agaknya. Tapi aku rasa, itu lagi selesa.. Hmm lantak lah. Aku dah biasa rasa sunyi sejak Isya pindah sebulan lepas. Selama ni aku tak pernah pulak jumpa hantu yang budak-budak hostel ni cakap.

   Ada satu hari tu, aku tak tahu kenapa aku buat semua kerja salah. Aku tak focus pun pada apa-apa. Nak kata penat, aku rasa tidur aku cukup. Masalah wanita? Langsung tidak. Bila Khalil tanya pun, aku jadi nak marah je. Lastly, aku decide untuk balik bilik and rehat. Aku masuk je bilik, aku tengok katil Isya dah ada cadar, meja dia pun dah penuh dengan barang. Mungkin dah tak tahan kot nak duduk dekat rumah kotak Indon tu.. Aku biarkan. Aku letak beg, aku terus rebahkan badan atas katil. Walau tak seempuk katil rumah tapi cukup untuk buat aku sedia terlelap dalam hanya 5 minit baru landing.

   Bangun dari tidur, aku nampak Isya duduk tepi katil macam hantu. Waktu tu dah maghrib. Sudah aku terlepas solat Asar. Aku dengar sayup-sayup tangisan dari dia. Aku cuba datang dekat. Aku duduk sebelah Isya.. Aku bukak bicara “Babe, kau okay? Kenapa nangis ni?”.. Isya diam. Takde sebarang reaksi yang menunjukkan dia akan berkata-kata. Aku cakap lagi “Aku nak pergi mandi dulu. Nanti malam kita cerita k”…

   Waktu aku masuk bilik lepas mandi, aku tengok Isya takde. Hah mungkin ke bilik kawan dia lagi. Aku dapat satu messages “I wanna meet you tonight. Please”.. Ringkas tapi aku tahu dia. Kalau tak penting, takdenya dia ajak jumpa ke apa waktu malam ni.

   Aku tunggu dia dekat tempat biasa. Dia agak lambat, aku dah mula panas hati. Biasalah aku memang pantang bab masa. Kalau ikut hati, mahu aku berambus dari situ tapi mengenangkan messages Khalil tadi, aku tunggu. Untuk dia, aku sampai terlupa yang aku berjanji dengan Isya yang aku akan dengar cerita dia malam tu..

   Pukul 8, tiada. Pukul 9, tiada. Dah berpuluh kali aku messages, aku call tapi takde satu pun yang berbalas. Aku betei dah marah masa tu. Aku terus balik bilik… Dalam bilik, Isya dah duduk dekat study table. Aku tengok dia macam busy siapkan assignment tu. Aku tak kacau. Aku tak bersuara sebab aku kenal Isya, tak suka diganggu walau bunyi kucing mengiau sikit pun.

   Isya bersuara “Maaf, aku tinggalkan kau sebulan lepas. Aku bukan nak jauhkan diri dari kau tapi aku tak tahan orang panggil aku duduk sebilik dengan orang gila”.. Aku tak terkejut dengar ayat yang keluar dari mulut dia. Malah, aku berkata “Dah tu kenapa kau balik sini semula? Dah ready nak jadi gila ke macam mana?” Aku bernada sedikit memerli.. Isya pandang aku. Masih jelas tanda-tanda orang lepas menangis pada muka dia. Tapi soalan yang Isya keluarkan, buat hati aku hilang simpati dengan tangisan dia tadi. Isya kata “Tak.. Aku cuma nak sedarkan kau. Sampai bila kau nak hidup dalam kenangan?”.. Aku diam untuk beberapa ketika. Entah dah berapa puluh kali aku dengar soalan yang sama. Aku cuba mencari jawapan untuk soalan tadi tapi akhirnya, aku jadi malas. Aku cuma balas “Aku ngantuk. Selamat malam”.. Isya masih di situ, mungkin masih menunggu aku punya jawapan.. Dalam mata terpejam, hati berkata “Maaf Isya. Orang kata aku gila sebab hidup dalam kenangan tapi orang tak tahu. Sebab kenangan lah aku masih hidup…”

  Esoknya takde kelas, hari minggu. Hari untuk kebebasan, mungkin. Tapi aku? Jiwa aku masih tak bebas. Mimpi malam tadi betul buat aku tersedar.. Tersedar dari kenangan yang aku hidup selama ni. Aku cuba cari Isya, dia takde dalam bilik.. Aku cuba tenangkan diri. Aku pergi mandi. Lepas sarapan, aku cuma duduk termangu dalam bilik. Aku cuba ingat kembali apa yang aku mimpi. Seakan ada sesuatu yang aku perlu cari dalam bilik tu tapi aku tak tahu apa.. Aku cuba call Khalil tapi dia masih tak angkat.
Isya balik bilik. Aku terus tanya “Kau tahu mana Khalil pergi? Semalam dia kata nak jumpa, aku tunggu tapi dia takde. Aku messages, aku call dia tak respon apa-apa pun. Aku cuba cari dia dekat tempat budak lelaki tapi…..” Isya memeluk aku. Aku tak tahu apa maksudnya. Aku terdiam dalam masa sama, aku terasa bahu aku panas. Aku sedar Isya menangis.

   Dalam beberapa ketika, Isya melepaskan pelukan. Dengan sekali nafas, Isya kata “Khalil dah takde Zie. Dah berbulan dia tinggalkan kau. Tinggalkan kita semua.. Aku rasa bersalah sangat pada kau”.. Aku jadi tak mengerti, aku jadi marah. Kenapa Isya sanggup kata macam tu sedangkan aku baru jumpa Khalil siang semalam. “Apa kau kata ni? Khalil hidup lagi. Dia masih ada. Dia masih milik aku”.. “Ya, Khalil masih milik kau tapi bukan lagi dalam dunia ni. Khalil cuma milik kau dalam hati dan kenangan kau”…

   Saat tu, serta-merta kenangan datang menerpa. Dari saat pertama kali aku kenal Khalil sampailah aku bergegas ke tempat kemalangan bila Khalil dilanggar teruk oleh sebuah kereta. Saat aku ketahui Khalil dah tiada, aku cuma berharap yang dia akan datang semula. Dan dunia aku betul kata Khalil muncul semula. Kerna tu aku masih hidup dalam kenangan. Kenangan yang aku cuba ciptakan, kenangan yang aku cuba ulangi bersama dia. Aku terdengar mereka kata “Khalil mati dilanggar waktu nak selamatkan seorang perempuan dari terlanggar kereta” Mereka kata Khalil berpegangan tangan mesra dengan wanita itu di pusat bandar, dan Khalil jadi mangsa.

   Tanpa aku sedari, airmata aku laju jatuh. Isya kata inilah kali pertama aku menangis sejak Khalil tiada kerna selama ni, aku fikir Khalil tak pernah ke mana-mana. Masih bersama aku. Aku check Inbox phone aku, betul takde sebarang messages pun dari Khalil. Cuma semua itu wujud dalam fikiran dan dunia yang aku ciptakan..

   Itu peristiwa 5tahun yang lepas. Kini, aku sudah bersedia mulakan hidup baru. Mulakan hidup tanpa Khalil. Aku sudah graduate dan bakal dapat kerja tak lama lagi. Hidup aku senang kini bersama keluarga dan sahabat aku. Isya. Aku sedar selain Khalil yang begitu sayangkan aku, masih ramai lagi yang masih bangunkan aku walau berapa kali aku terjatuh. Namun, sampai sekarang.. aku masih tak tahu apa sebab Isya menangis pada malam yang aku sepatutnya jumpa Khalil tu dan kenapa dia pernah menyatakan, dia rasa bersalah dengan aku…