Terima kasih pada yang sudi baca. Cerpen ni spontan je. Aku takde buat apa. Maaf kalau ada yang terasa. Silakan membaca dengan gembira :)
Tergopoh-gapah
aku keluar dari pintu dewan tu. Mencari kelibat si dia dalam
kesesakan berpuluh orang. Terpandang seseorang, hati aku lega. Dia
masih di situ. Itulah Khalil. Menunggu aku pulang seperti biasa.
Itulah rutin kami berdua setiap hari. Kalau tak aku, dia yang tunggu
sampai kelas masing-masing habis. Tempatnya macam biasa, bawah pokok
pertama kali kami kenal..
Aku
dengan dia banyak bezanya. Aku baran, dia sangat penyabar. Aku kuat
cemburu, dia pandai ambil hati. Aku minat Man U, dia kata Chelsea…
Tapi itu semualah yang kuatkan kami. Mana yang aku kurang, dia
lengkapkan. Mana yang dia tiada, aku cuba wujudkan..
Aku
tak pernah lupa cara kami kenal. Dialah insan paling jujur aku pernah
tahu dalam dunia ni. Betul kata cikgu aku dulu “Kalau nak cari
pasangan ni, jangan pilih yang romantik sebab dia pandai putar belit
bicara. Tapi cari yang jujur..” Sepanjang aku dengan dia, tak
pernah sekalipun kelakuan dia yang buatkan aku sehingga ke tahap
curiga. Cemburu biasa-biasa tu adalah.. Hihihi..
Macam
biasa lepas kelas, aku akan habiskan masa aku dengan dia. Kalau tak
pergi makan, tonton wayang kegemaran kami. Petang tu aku cuma kata
aku nak siapkan assignment jadi dia pun setuju. Malamnya, aku tak
tahu kenapa roommate aku macam diam je. Aku tanya pun dia tak jawap.
Aku macam biasalah baca novel sambil dengar lagu I Have Nothing –
Whitney Houston.
Roommate
aku pandang aku semacam, dia datang dekat. Dia kata “Aku pelik
tengok kau ni. Kau takde perasaan ke?”.. Aku berkerut seribu.
Serious betei aku tak faham apa maksud dia.. Dia kata lagi “Zie!
Kau sedar ke tak ni? Kenapa kau happy semacam?!”.. Nada dia mulai
marah.
“Kenapa
kau ni? Aku happy pun salah ke? Isya, dulu aku menangis kau kata aku
kena kuat. Sekarang aku dah tak boleh happy dah?” Aku cuba balas
semula kata dia.. “Aku tak faham lah kau ni. Aku rasa baik kau
sedar sebelum orang panggil kau ni gila!”.. Lepas malam tu, Isya
terus tak bercakap dengan aku. Ada jugak dua tiga malam dia takde
dalam bilik. Bila aku tanya, dia kata tidur bilik kawan dia. Aku
diamkan aja. Aku tak nak tanya pun kenapa..
Aku
dah penat dengar orang kata aku dan dia itu ini. Apa yang aku tahu
dan apa yang penting, aku dengan dia bahagia. Biarlah bahagia itu aku
dengan dia je yang rasa. Orang lain tak perlu tahu. Aku bukan jenis
cepat melenting tapi kekadang kutukan, cacian, makian orang
sekeliling ni yang buat kepala aku sakit, buat hati aku terguris
sangat.
Salah
ke aku cuma ingin bahagia? Kata dia, aku terlalu fikirkan apa yang
orang lain cakap. Sumpah, kalau aku fikir apa yang orang cakap, aku
dah lama tinggalkan kau dan semua kenangan ni.. Aku tak nak
satu-satunya orang yang aku paling percaya dan bergantung harap dekat
sini, menjadi antara orang-orang yang prejudis terhadap aku..
Haritu
seperti hari-hari yang lain, aku harap. Aku dan dia macam biasa lepas
kelas kami pergi ke kafe. Waktu kami jejakkan kaki, aku rasa semua
orang dalam kafe tu pandang kami. Entah, apa yang salah. Aku tengok
pakaian aku atas bawah. Takde yang berubah. Aku masih simple macam
biasa. Kami pilih tempat duduk yang agak terpencil sedikit, tak nak
ganggu pandangan orang lain yang sedang menjamu tembolok dengan
kehadiran kami.
Khalil
pergi beli makanan, aku cuma duduk diam. Aku tak punya selera nak
makan. Agak kekok bila duduk seorang dan ramai mata yang memerhati.
Macam aku ni baru keluar jail pun ada. Dalam ketidakselesaan tu, aku
nampak Isya dengan kawan-kawan dia duduk semeja. Ya, Isya yang dulu
roommate aku, sekarang dah jadi ex roommate. Isya pindah bilik kawan
dia sepenuhnya. Aku tak tahu macam mana mereka boleh hidup dalam satu
bilik yang sempit dan terlalu ramai tu.. Dah macam rumah kotak
kontraktor Indon agaknya. Tapi aku rasa, itu lagi selesa.. Hmm lantak
lah. Aku dah biasa rasa sunyi sejak Isya pindah sebulan lepas. Selama
ni aku tak pernah pulak jumpa hantu yang budak-budak hostel ni cakap.
Ada
satu hari tu, aku tak tahu kenapa aku buat semua kerja salah. Aku tak
focus pun pada apa-apa. Nak kata penat, aku rasa tidur aku cukup.
Masalah wanita? Langsung tidak. Bila Khalil tanya pun, aku jadi nak
marah je. Lastly, aku decide untuk balik bilik and rehat. Aku masuk
je bilik, aku tengok katil Isya dah ada cadar, meja dia pun dah penuh
dengan barang. Mungkin dah tak tahan kot nak duduk dekat rumah kotak
Indon tu.. Aku biarkan. Aku letak beg, aku terus rebahkan badan atas
katil. Walau tak seempuk katil rumah tapi cukup untuk buat aku sedia
terlelap dalam hanya 5 minit baru landing.
Bangun
dari tidur, aku nampak Isya duduk tepi katil macam hantu. Waktu tu
dah maghrib. Sudah aku terlepas solat Asar. Aku dengar sayup-sayup
tangisan dari dia. Aku cuba datang dekat. Aku duduk sebelah Isya..
Aku bukak bicara “Babe, kau okay? Kenapa nangis ni?”.. Isya diam.
Takde sebarang reaksi yang menunjukkan dia akan berkata-kata. Aku
cakap lagi “Aku nak pergi mandi dulu. Nanti malam kita cerita k”…
Waktu
aku masuk bilik lepas mandi, aku tengok Isya takde. Hah mungkin ke
bilik kawan dia lagi. Aku dapat satu messages “I wanna meet you
tonight. Please”.. Ringkas tapi aku tahu dia. Kalau tak penting,
takdenya dia ajak jumpa ke apa waktu malam ni.
Aku
tunggu dia dekat tempat biasa. Dia agak lambat, aku dah mula panas
hati. Biasalah aku memang pantang bab masa. Kalau ikut hati, mahu aku
berambus dari situ tapi mengenangkan messages Khalil tadi, aku
tunggu. Untuk dia, aku sampai terlupa yang aku berjanji dengan Isya
yang aku akan dengar cerita dia malam tu..
Pukul
8, tiada. Pukul 9, tiada. Dah berpuluh kali aku messages, aku call
tapi takde satu pun yang berbalas. Aku betei dah marah masa tu. Aku
terus balik bilik… Dalam bilik, Isya dah duduk dekat study table.
Aku tengok dia macam busy siapkan assignment tu. Aku tak kacau. Aku
tak bersuara sebab aku kenal Isya, tak suka diganggu walau bunyi
kucing mengiau sikit pun.
Isya
bersuara “Maaf, aku tinggalkan kau sebulan lepas. Aku bukan nak
jauhkan diri dari kau tapi aku tak tahan orang panggil aku duduk
sebilik dengan orang gila”.. Aku tak terkejut dengar ayat yang
keluar dari mulut dia. Malah, aku berkata “Dah tu kenapa kau balik
sini semula? Dah ready nak jadi gila ke macam mana?” Aku bernada
sedikit memerli.. Isya pandang aku. Masih jelas tanda-tanda orang
lepas menangis pada muka dia. Tapi soalan yang Isya keluarkan, buat
hati aku hilang simpati dengan tangisan dia tadi. Isya kata “Tak..
Aku cuma nak sedarkan kau. Sampai bila kau nak hidup dalam
kenangan?”.. Aku diam untuk beberapa ketika. Entah dah berapa puluh
kali aku dengar soalan yang sama. Aku cuba mencari jawapan untuk
soalan tadi tapi akhirnya, aku jadi malas. Aku cuma balas “Aku
ngantuk. Selamat malam”.. Isya masih di situ, mungkin masih
menunggu aku punya jawapan.. Dalam mata terpejam, hati berkata “Maaf
Isya. Orang kata aku gila sebab hidup dalam kenangan tapi orang tak
tahu. Sebab kenangan lah aku masih hidup…”
Esoknya
takde kelas, hari minggu. Hari untuk kebebasan, mungkin. Tapi aku?
Jiwa aku masih tak bebas. Mimpi malam tadi betul buat aku tersedar..
Tersedar dari kenangan yang aku hidup selama ni. Aku cuba cari Isya,
dia takde dalam bilik.. Aku cuba tenangkan diri. Aku pergi mandi.
Lepas sarapan, aku cuma duduk termangu dalam bilik. Aku cuba ingat
kembali apa yang aku mimpi. Seakan ada sesuatu yang aku perlu cari
dalam bilik tu tapi aku tak tahu apa.. Aku cuba call Khalil tapi dia
masih tak angkat.
Isya
balik bilik. Aku terus tanya “Kau tahu mana Khalil pergi? Semalam
dia kata nak jumpa, aku tunggu tapi dia takde. Aku messages, aku call
dia tak respon apa-apa pun. Aku cuba cari dia dekat tempat budak
lelaki tapi…..” Isya memeluk aku. Aku tak tahu apa maksudnya. Aku
terdiam dalam masa sama, aku terasa bahu aku panas. Aku sedar Isya
menangis.
Dalam
beberapa ketika, Isya melepaskan pelukan. Dengan sekali nafas, Isya
kata “Khalil dah takde Zie. Dah berbulan dia tinggalkan kau.
Tinggalkan kita semua.. Aku rasa bersalah sangat pada kau”.. Aku
jadi tak mengerti, aku jadi marah. Kenapa Isya sanggup kata macam tu
sedangkan aku baru jumpa Khalil siang semalam. “Apa kau kata ni?
Khalil hidup lagi. Dia masih ada. Dia masih milik aku”.. “Ya,
Khalil masih milik kau tapi bukan lagi dalam dunia ni. Khalil cuma
milik kau dalam hati dan kenangan kau”…
Saat
tu, serta-merta kenangan datang menerpa. Dari saat pertama kali aku
kenal Khalil sampailah aku bergegas ke tempat kemalangan bila Khalil
dilanggar teruk oleh sebuah kereta. Saat aku ketahui Khalil dah
tiada, aku cuma berharap yang dia akan datang semula. Dan dunia aku
betul kata Khalil muncul semula. Kerna tu aku masih hidup dalam
kenangan. Kenangan yang aku cuba ciptakan, kenangan yang aku cuba
ulangi bersama dia. Aku terdengar mereka kata “Khalil mati
dilanggar waktu nak selamatkan seorang perempuan dari terlanggar
kereta” Mereka kata Khalil berpegangan tangan mesra dengan wanita
itu di pusat bandar, dan Khalil jadi mangsa.
Tanpa
aku sedari, airmata aku laju jatuh. Isya kata inilah kali pertama aku
menangis sejak Khalil tiada kerna selama ni, aku fikir Khalil tak
pernah ke mana-mana. Masih bersama aku. Aku check Inbox phone aku,
betul takde sebarang messages pun dari Khalil. Cuma semua itu wujud
dalam fikiran dan dunia yang aku ciptakan..
Itu
peristiwa 5tahun yang lepas. Kini, aku sudah bersedia mulakan hidup
baru. Mulakan hidup tanpa Khalil. Aku sudah graduate dan bakal dapat
kerja tak lama lagi. Hidup aku senang kini bersama keluarga dan
sahabat aku. Isya. Aku sedar selain Khalil yang begitu sayangkan aku,
masih ramai lagi yang masih bangunkan aku walau berapa kali aku
terjatuh. Namun, sampai sekarang.. aku masih tak tahu apa sebab Isya
menangis pada malam yang aku sepatutnya jumpa Khalil tu dan kenapa
dia pernah menyatakan, dia rasa bersalah dengan aku…
No comments:
Post a Comment